TINGGALLAH DI LINCOLN

DARI MENJALIN PERSAHABATAN, MEMASTIKAN PERALIHAN YANG LANCAR KE ALAM KEHIDUPAN UNIVERSITI, MEMBANTU ANDA MENDAPAT IJAZAH ANDA DENGAN TUTORIAL PEMBELAJARAN INTENSIF SETIAP MINGGU, TINGGALLAH DI TEMPAT PENGINAPAN PELAJAR LINCOLN DI ADELAIDE.

Dengan pelbagai peluang perkembangan profesional, kepimpinan dan latihan serta sebuah rangkaian alumni sejagat yang meluas, penginapan pelajar kami menumpukan pada memberikan anda kelebihan yang mengatasi pemohon-pemohon lain serta membantu anda memulakan kerjaya anda sejurus anda mendapat ijazah anda.

Terkenal kerana komuniti kami yang peramah, berpelbagai budaya serta berbilang kepercayaan, kami menyediakan suatu persekitaran yang menyokong dan menyeronokkan untuk membantu anda berjaya di universiti. Kami menyediakan tempat penginapan untuk pelajar yang serius tentang pengajian mereka, diseimbangkan dengan kehidupan sosial yang aktif. Kami berusaha untuk memastikan pemastautin kami berasa gembira, selamat dan sihat.

Dengan pelajar yang berasal dari seluruh Australia dan dunia yang memilih untuk Tinggal di tempat penginapan pelajar Lincoln di Adelaide sambil belajar di UniSA, University of Adelaide dan Flinders University, anda akan menemui budaya yang berpelbagai serta komuniti yang berinklusif.

Live at Lincoln

Permohonan untuk biasiswa akan dibuka pada bulan September 2019. Kami mempunyai bilangan tempat penginapan pelajar universiti yang terhad untuk tahun 2020. Mohon hari ini supaya anda tidak terlepas peluang.

OLEH ITU, JIKA ANDA SEDANG MENCARI TEMPAT PENGINAPAN PELAJAR DI ADELAIDE, MAKA LINCOLN MUNGKIN ADALAH TEMPAT YANG SESUAI UNTUK ANDA.

SANTAPAN

DI LINCOLN, SELAIN DARIPADA MENYEDIAKAN TEMPAT PENGINAPAN PELAJAR, KAMI MENAWARKAN LEBIH BANYAK KEMUDAHAN YANG LAIN.

Anda akan seronok menikmati tiga hidangan sehari, tambah makan lewat malam lima malam seminggu (Ahad – Khamis). Hidangan tersebut adalah seimbang dan berkhasiat dengan pilihan daging, salad dan pilihan vegetarian/vegan. Berada di universiti untuk makan tengah hari? Jangan bimbang, para pemastautin boleh membuatkan sandwic pada waktu pagi untuk dibawa bersama. Di samping itu, jika anda tidak dapat menghadiri makan malam disebabkan oleh kuliah atau tutorial universiti yang lewat, latihan sukan atau aktiviti kurikulum yang lain, anda hanya perlu maklumkan kepada kakitangan di dapur. Mereka akan meletakkan santapan yang diperuntukkan untuk anda.

SOKONGAN AKADEMIK YANG CEMERLANG

Program akademik dalaman komprehensif kami yang diuruskan oleh Dekan dan Tutor Akademik Kanan termasuk: tutorial kumpulan kecil, perundingan perseorangan, sesi singgah, seminar, sesi rangkaian panel kohort dan kegiatan perkembangan profesional. Pasukan Akademik, yang terdiri daripada rakan pemastautin, menyediakan sokongan rakan sebaya, pementoran dan kepimpinan cendekiawan bagi membantu dengan pengajian universiti.

MENYOKONG PERALIHAN ANDA KEPADA KEHIDUPAN DI UNIVERSITI

Memulakan pengajian di universiti adalah langkah yang besar dan menguja. Suatu pengenalan komprehensif bagi pengajian tinggi disediakan untuk pemastautin baru setiap tahun. Kami menumpukan perhatian untuk membantu peralihan pemastautin dari sekolah menengah ke pengajian diri-sendiri dan pembelajaran aktif. Sesi tetap meliputi petua am dan juga maklumat yang khusus kepada topik termasuk:

  • Mengembangkan kemahiran dan tabiat belajar sendiri yang berkesan
  • Bersedia untuk kuliah
  • Tutorial dan makmal
  • Menulis esei dan perujukan di peringkat pengajian tinggi
  • Kemahiran pengurusan masa dan perancangan
  • Persediaan peperiksaan
  • Motivasi

“Pemeriksaan kesihatan” akademik dijalankan untuk semua pemastautin baru awal penggal pertama bagi memastikan mereka mempunyai kemahiran, maklumat dan sumber yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajian mereka.

PEMBANGUNAN PROFESIONAL

Dalam pasaran kerja hari ini yang serba kompetitif, mendapatkan pekerjaan impian anda adalah lebih daripada sekadar mendapatkan ijazah anda. Pelbagai peluang kepimpinan di Lincoln dapat menyediakan anda untuk bermula bekerja dan mempertingkatkan resume anda. Anda juga akan dapat menjalin hubungan dengan alumni Lincoln di seluruh dunia. Sesi rangkaian dan program pementoran kami, Lincoln Links, menyediakan peluang untuk pemastautin menjalin hubungan dengan para profesional yang berpengalaman yang sudah berjaya dalam bidang terpilih mereka. Sesi tersebut juga dapat membuka hubungan dalam industri dan membolehkan perkongsian pengalaman yang boleh membantu pelancaran suatu kerjaya yang berjaya.

Live at Lincoln

KESEJAHTERAAN

Kebahagiaan dan kesejahteraan pemastautin adalah penting kepada kehidupan di tempat penginapan Lincoln Adelaide. Kami mahu semua pelajar berasa selamat, diterima dan berasa selesa semasa menetap di sini dan kami menawarkan berbagai perkhidmatan sokongan untuk menyampaikan hasrat ini, termasuk kakitangan yang tinggal bersama dan penasihat kediaman. Selain daripada peluang untuk sentiasa berada dalam keadaan cergas dan sihat, kami membantu para pemastautin mengembangkan dan menunjukkan kemahiran amalan kebingkasan, kefleksibelan mental dan pandangan yang positif serta mempertingkatkan peluang mendapat kerja selepas tamat pengajian di universiti.

KAKITANGAN YANG TINGGAL BERSAMA

Di Lincoln, ahli Kakitangan Kediaman Eksekutif, termasuk Dekan Pelajar kami, menetap di tapak untuk memastikan sokongan adalah tersedia pada bila-bila masa dan tidak berada terlalu jauh. Dekan kami, Dr Jordan Bell, seorang Ahli Psikologi Klinikal terlatih, memegang PhD dalam kebingkasan dan kepakaran dalam kesihatan mental anak remaja dan orang dewasa muda.

KESELAMATAN

Ahli Kakitangan Kediaman Eksekutif kami, termasuk Dekan Pelajar kami, menetap di tapak untuk memastikan sokongan adalah tersedia pada setiap masa, dengan Penasihat Bertugas yang juga bertugas atas keperluan selepas waktu pejabat untuk kecemasan dan tersekat masuk. Semua bangunan dikunci dengan sistem kunci induk bagi menjamin keselamatan para pemastautin, dan Kakitangan Keselamatan University of Adelaide meronda Lincoln selepas waktu pejabat. Lincoln College mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap membuli, penderaan, gangguan seksual dan serangan seksual. Kami menyediakan latihan dan pendidikan kepada semua pemastautin dan kakitangan bagi memastikan pemastautin kami adalah selamat. Komuniti Kampus Yang Lebih Selamat University of Adelaide menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu dalam menjaga keselamatan pelajar. Demikian juga, UniSA menyediakan maklumat mengenai keselamatan pelajar di Hormati. Sekarang. Sentiasa. dan maklumat mengenai Kesejahteraan pelajar. Flinders University mempunyai maklumat mengenai cara menjaga keselamatan pelajar di kampus.

PENASIHAT KEDIAMAN

Di teras tumpuan kesejahteraan kami adalah Penasihat Kediaman kami, yang menjaga kejiranan mereka. Menetap di kalangan pemastautin lain menyediakan pengetahuan dasar mengenai isu-isu yang mungkin dialami oleh pemastautin kepada Penasihat Kediaman. Mereka dilatih dalam kepimpinan, pembangunan masyarakat, pertolongan cemas mental dan fizikal, latihan pencegahan serangan seksual, penyelesaian konflik, peluang saksama dan keselamatan kebakaran untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan setiap pelajar di Lincoln. Penasihat Asli juga memainkan peranan yang penting dalam pementoran semua pelajar.

ACARA & AKTIVITI

DI LINCOLN, TERDAPAT BEBERAPA ACARA SOSIAL YANG HEBAT YANG SENTIASA POPULAR DI KALENDAR DAN YANG TERBAIK ADALAH KEBANYAKAN ACARA TERSEBUT ADALAH PERCUMA UNTUK DISERTAI!

O’week, malam antarabangsa, malam muzik, ‘Lincoln Ball’ dan ‘Valedictory Dinner’ merupakan beberapa sorotan yang dimaksudkan.

Sebagai ahli aktif SAAUCC (The South Australian Association of University College Clubs) [Persatuan Kelab Kolej Universiti Australia Selatan] Lincoln bertanding dalam pelbagai sukan termasuk acara berenang, hoki, bola sepak, bola sepak Amerika, pingpong, bahas, bola keranjang dan lebih banyak lagi.

Kami menggalakkan anda untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan, budaya dan sosial, tanpa mengira tahap kemahiran anda. Segala tahap kemahiran dialu-alukan dan kami menghargai kehadiran para penyokong di garis tepi untuk bersorak serta memberikan galakan kepada kami. Memang terdapat sesuatu untuk semua orang di tempat penginapan pelajar Lincoln Adelaide.

Untuk menyelinap balik sepintas lalu kehidupan di Lincoln, lihatlah beberapa kenangan kegemaran kami dari tahun 2017.

Lihatlah beberapa aksi dari O’week 2018.

TEMPAT PENGINAPAN PELAJAR LINCOLN ADELAIDE

LINCOLN MENYEDIAKAN PILIHAN PERUMAHAN PELAJAR YANG BERMUTU. KETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI TEMPAT PENGINAPAN PELAJAR LINCOLN ADELAIDE.

Mencari perumahan pelajar dan tempat penginapan pelajar yang sesuai untuk anda semasa anda belajar di Universiti di Adelaide adalah suatu keputusan yang penting. Sama ada anda sedang belajar di University of Adelaide, UniSA atau Flinders University, ia boleh memainkan peranan yang besar dalam pengalaman universiti anda, mendapat ijazah anda dan peluang mendapat kerja masa depan anda.

Di Lincoln,kami menyediakan tempat penginapan pelajar universiti yang memberikan anda kelebihan. Tujuan kami adalah untuk mencapai matlamat akademik anda, membantu anda mendapat pekerjaan impian anda dan dalam proses itu berseronok.

Tumpuan kami adalah pada komuniti, kesejahteraan, sokongan sosial dan akademik pelajar kami.

KOS PERUMAHAN PELAJAR DI LINCOLN

Kos perumahan pelajar di Adelaide adalah agak mampu dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Australia. Dengan bilik belajar persendirian anda dan kemudahan berkongsi, yuran penginapan pelajar kami yang serba inklusif menawarkan nilai berbaloi dengan harga yang unggul dan merangkumi semua hidangan, perabot dan internet wayarles, dan lebih banyak lagi. Tinggallah di tempat penginapan pelajar Lincoln di Adelaide.

Live at Lincoln

CARIAN ANDA UNTUK PERUMAHAN PELAJAR MUNGKIN SUDAH TAMAT

Lincoln adalah ahli South Australian South Australian Student Accommodation Association (SASAA) [Persatuan Kelab Kolej Universiti Australia Selatan]. Mempertimbangkan penyedia perumahan pelajar ahli South Australian Student Accommodation Association [Persatuan Kelab Kolej Universiti Australia Selatan] adalah amat disyorkan sebagai jaminan penginapan yang selamat, bersih dan diawasi. Fikirkan tempat penginapan di Adelaide, fikirkan Lincoln.